fb fb fb fb fb

Datuk Khizri lawan MB Sanusi di Jeneri

(FOTO BERNAMA)

SIK, 29 Julai, -Persaigan bagi merebut kerusi Dewan Negeri N24, Jeneri menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Khizri Abu Kassim mencabar calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga penyandang kerusi tersebut.

Pengumuman dibuat, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mahamad Suhaimi Man sebaik tempoh penghantaran borang pencalonan ditutup.

Datuk Muhamad Khizri yang ditemui RTM memberitahu peluang untuk merampas kerusi N24 Jeneri adalah 50-50; meski pun berdepan cabaran besar berdasarkan populariti pesaing selaku Menteri Besar Kedah. Beliau menganggap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bukan pilihan underdog di sini (Kedah).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Muhammad Sanusi berjaya meraih undi 10,626 undi dengan majoriti sebanyak 2,455 undi sekali gus mengetepikan dua calon; Mahadzir Abdul Hamid mewakili BN-UMNO serta Mohd Nazri Abu Hassan dari PH-PPBM.

Sebelum ini beliau pernah bertanding di DUN Belantek pada 2008; memperoleh 7,974 undi, tewas dengan majorit 252 undi kepada Mohd Tajudin Abdullah, BN-UMNO yang mendapat 8,226 undi.

Datuk Mohamad Khizri Abu Kassim atau lebih dikenali dengan nama DMK berusia 45 tahun merupakan ahli perniagaan, juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sik 2023. Beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Sains Malaysia.


(Kerusi DUN N.24 Jeneri menyaksikan saingan calon PN, Datuk Seri Muhammad
Sanusi Md Nor lawan Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim mewakili BN)

Sementara itu, persaigan bagi merebut kerusi Dewan Negeri N23, Belantek juga menyaksikan pertembungan satu lawan satu, menyaksikan calon PH di wakili Puan Mazli Saipi manakala PN diwakili Ahmad Sulaiman.

Pengumuman rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Hilmi Marzuki yang turut menyatakan tiada masalah atas pencalonan mereka selepas menerima borang pencalon oleh ke dua-dua calon tersebut.

Kedua mereka merupakan calon muka baharu ditampilkan pada Pilhan Raya Umum Dewan Negeri Kedah untuk kerusi N23 Belantek.

Mazli Saipi merupakan Timbalan Ketua Amanah, kawasan Sik merangkap Ketua Amanah Wanita Sik berusia 58 tahun dan mempunyai enam orang anak. Beliau berkelulusan ijazah Sarjana muda Pengajian Islam OUM 2023.

Beliau juga merupakan guru di InstitutĀ  Salman serta Pengusaha Kelas Asas Al Quran dan usahawan.

Manakala Ahmad Sulaiman, 63 tahun dari parti PAS, merupakan Naib Yang Dipertua Pas, kawasan Sik. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Kemasyarakatan dariĀ  Universiti Sains Malaysia.

Kerusi N23 Belantek kosong berikutan ADUN Dewan Negeri Datuk Mohd Isa Shafie dari PAS meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada 14 jun lalu akibat jangkitan kuman enam organ utama.

Pada PRU ke-14 lalu allahyarham menewaskan calon BN dan PH dalam persaingan tiga penjuru dengan majoriti 2,574 undi.

PRU Dewan Negeri Kedah ke-15 kali ini, menyaksikan 28,006 orang pemilih layak mengundi bagi kawasan N23 Belantek melibatkan 53 saluran mengundi.

Media Baharu