
KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.
RINGKASAN BERITA AI
- Istiadat angkat sumpah berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah kira-kira pukul 11 pagi.
- Datuk Ismail, 67, juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan memenangi kerusi DUN Juasseh pada PRN.
- Keputusan PRN: BN 18 kerusi, PN 7 kerusi, membolehkan kedua gabungan membentuk kerajaan negeri majoriti dua pertiga.
Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah kira-kira pukul 11 pagi.
Datuk Ismail, 67, yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Keputusan PRN Negeri Sembilan semalam menyaksikan Barisan Nasional (BN) memperoleh 18 kerusi DUN, manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 7 kerusi, sekali gus membolehkan dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.