BATU PAHAT, 27 Februari - Sebanyak enam buah sekolah dipilih sebagai projek rintis sekolah digital bagi memperkasa Dasar Pendidikan Digital (DPD), sekali gus melahirkan generasi fasih digital.
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata, enam sekolah tersebut melibatkan lima sekolah di Sabah dan sebuah di Batu Pahat, Johor.
Turut mengambil inisiatif melaksanakan program kerjasama dengan rakan strategik bagi memastikan DPD dapat dicapai secara berstruktur dan terancang.
"Kita memang ada cadangan untuk memastikan semua di sekolah di Malaysia ini melaksanakan pendigitalan seperti dasar pendidikan digital. Sebab itu bermula berdasarkan kepada kekuatan sekolah kalau kekuatan sekolah itu 80% 80% kita sokong, kalau 30% 30% kita sokong pada dasarnya di Malaysia telah mula melaksanakan-sekolah-sekolah kita telah capai adanya kerjasama dengan pihak di luar sekolah," kata Azman.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Peluncuran Sekolah Digital di Sekolah Kebangsaan Seri Telok, di Johor.
Setakat ini, 90 peratus golongan pendidik dan 40 peratus murid telah mencapai penguasaan inisiatif pembelajaran pendigitalan malaysia( DELIMA) di negara ini dengan daerah Batu Pahat merekodkan jumlah tertinggi penggunaan DELIMA di seluruh negara.