
KUALA LUMPUR, 2 Julai – Kestabilan politik dan dasar yang dimiliki Malaysia telah meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap negara, sekali gus mendorong kemasukan lebih banyak pelaburan berimpak tinggi.
- Pembukaan Global Development Centre and International di Tun Razak Exchange (TRX).
- Pusat itu merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.
- Dibuka oleh sebuah syarikat teknologi kewangan FinTech.
- Memperkukuhkan kedudukan negara sebagai pusat inovasi digital dan teknologi kewangan berteraskan Agentic AI.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keyakinan tersebut terbukti menerusi pembukaan pusat pembangunan global ‘Global Development Centre and International’ di Tun Razak Exchange (TRX).
Jelasnya, pusat global yang bakal dibuka oleh sebuah syarikat teknologi kewangan (FinTech) itu merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.
“Kestabilan dasar dan polisi yang dibawa di bawah Kerajaan Madani ini berjaya meyakinkan pelabur, terutama pelabur asing untuk terus membeli Malaysia sebagai destinasi pelaburan dulu.
“Global Development Centre and Financial ini akan memperkukuhkan kedudukan negara sebagai sebuah pusat, terutama inovasi global bagi bakat digital dan teknologi kewangan yang terkini, terutama berteraskan kecerdasan buatan beragen atau Agentic AI,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Mingguan di Angkasapuri Kota Media.