fb fb fb fb fb

Dana Pinjaman Mudah mampu bangunkan insitusi dakwah di tanah wakaf

(FOTO RTM)

KOTA BHARU, 16 Oktober - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kelantan mahu lebih banyak istitusi dakwah dan tempat mempelajari Al-Quran dibangunkan di tanah-tanah wakaf melalui RM500 juta dana pinjaman mudah yang diumumkan kerajaan pada Belajawan 2024, Jumaat lalu. 

Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK), Datuk Adnan Hashim berkata pembangunan lebih banyak institusi agama itu akan dapat membantu mengimbangi keadaan sosial dan menyelesaikan banyak pemasalahan terutama melibatkan golongan remaja masa kini. 

"Kita amat berbangga dengan pengumuman tersebut, kerana kerajaan mengambil kira perkara yang kita bincangkan.

"Harapnya, kerajaan dapat berbuat sesuatu terhadap tanah wakaf seluruh negara", katanya ketika ditemui media di sini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 Jumaat lalu mengumumkan akan meningkatkan dana RM500 juta untuk pinjaman mudah bagi meningkatkan pembangunan semula tanah-tanah wakaf di seluruh negara.


(Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK), Datuk Adnan Hashim)

Media Baharu