fb fb fb fb fb

Dr Zaliha wanita pertama Menteri Kesihatan pengerusi Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO di Geneva

KUALA LUMPUR, 3 Februari - Menteri Kesihatan (KKM), Dr Zaliha Mustafa diberi penghormatan untuk mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke-152 di Geneva, Switzerland pada Khamis.

Ia mengenai pembasmian poliomielitis, iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan kelumpuhan.

"Sebagai satu penghormatan bagi saya untuk mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO ke-152, yang mana kami membincangkan usaha global mengenai pembasmian poliomyelitis," katanya menerusi perkongsian di Twitter pada Khamis.

Menteri Kesihatan bersama delegasi menghadiri mesyuarat berkenaan bermula Isnin lalu hingga 7 Febuari depan.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Ahli Parlimen Sekijang ini ke luar negara.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitter berkata ini merupakan kali pertama dalam sejarah Menteri KKM Dr Zaliha mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO ke-152.

Malaysia telah dilantik sebagai ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021 hingga Mei 2024.

Dr Zaliha Mustafa dilantik menerajui Kementerian Kesihatan dalam Kabinet diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Zaliha yang pernah menjadi Setiausaha Politik Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, dikurniakan empat cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Dr Ahmad Azlan.

Media Baharu