fb fb fb fb fb

Dakian MADANI, Larian Santai semarakkan Hari Kebangsaan

Antara peserta Program Dakian MADANI.

KANGAR, 6 September - Lebih 100 peserta pelbagai kaum dan peringkat umur menyertai Program Dakian MADANI dan Larian Santai sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling berkata, program berkenaan bukan sahaja memupuk semangat patriotisme dan perpaduan, malah menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal.

“Pendakian Kasih Bukit Lagi memberi manfaat fizikal, mental dan rohani, apabila peserta mendaki lebih seribu anak tangga sambil mengibarkan Jalur Gemilang di puncak,” katanya ketika menghadiri Program Jiwa Komuniti MADANI anjuran Komuniti MADANI Indera Kayangan Selatan.

Selain dakian dan larian, program turut dimeriahkan dengan senamrobik, kibaran Jalur Gemilang serta cabutan bertuah.

TUN JULIA MOHD TAHIR