fb fb fb fb fb

Tingkatkan prasarana demi kesejahteraan rakyat

Tuanku Syed Faizuddin mengurniakan agihan zakat MAIPs kepada asnaf di Masjid Al-Falah.

ARAU, 6 September - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan harapan agar pelaburan dalam bidang pendidikan, kesihatan, perumahan dan kemudahan awam terus menjadi teras kesejahteraan rakyat di negeri itu.

Baginda bertitah, perancangan dan pelaksanaan prasarana yang tersusun diyakini mampu melahirkan modal insan berkualiti sekali gus menyediakan persekitaran hidup yang seimbang dan lestari.

Tuanku Syed Faizuddin turut menegaskan kepentingan tadbir urus telus, bebas rasuah serta berpaksikan integriti di semua peringkat pentadbiran negeri.

“Melalui kepimpinan berwawasan, negeri ini berupaya merencana pembangunan yang memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat, tanpa terikat pada sebarang batasan pemikiran sempit,” titah baginda ketika menyempurnakan Program Hijrah Minda Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Falah, Behor Mempelam.

Sempena program itu, baginda turut berkenan mengurniakan agihan zakat MAIPs berjumlah RM21,000 kepada 30 asnaf terpilih.

TUN JULIA MOHD TAHIR