fb fb fb fb fb

Curi hasil laut negara, 37 warga Vietnam ditahan

MERSING, 12 Oktober- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Mersing berjaya menahan 37 kru warga Vietnam daripada tiga bot nelayan asing di kedudukan 15.1 batu nautika Timur Laut Pulau Aur, Mersing, semalam.

Pengarah Maritim Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata turut dirampas hasil tangkapan kira-kira 13,000 kilogram dan 4,000 liter diesel melibatkan nilai keseluruhan rampasan sekitar RM2.5 juta.

"Tangkapan dibuat ketika rondaan penguatkuasaan Op Jaksa dan Op Tiris.

"Ketiga-tiga bot itu ditahan ketika sedang melakukan aktiviti menangkap hasil laut di perairan berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati semua 37 kru termasuk tekong merupakan lelaki Vietnam berusia antara 18 hingga 66 tahun tanpa dokumen pengenalan diri.

"Bot itu juga tidak mempunyai dokumen kebenaran bertulis untuk melakukan aktiviti perikanan di perairan negara.

"Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963," kata Suhaizan menerusi kenyataan.


(Ketiga-tiga bot itu ditahan ketika sedang melakukan aktiviti menangkap
hasil laut di perairan berkenaan.)

Media Baharu