fb fb fb fb fb

CPTPP bakal dimeterai UK dijangka Julai ini

(Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay)

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang bakal dimeterai oleh United Kingdom (UK) dijangka akan berlangsung pada pertengahan Julai ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pemeteraian tersebut akan merapatkan lagi hubungan Malaysia dan UK dalam pelbagai bidang.


(Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri
Zafrul Tengku Abdul Aziz/BERNAMA)

"Saya turut akan terlibat dengan CPTPP ini yang akan berlangsung pada pertengahan Julai di New Zealand. Saya percaya dengan penyertaan UK dalam CPTPP akan akan meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara", katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Pertabalan Raja Charles ke-3 dan Hari Keputeraan ke-75 Baginda.

Manakala dalam majlis sama, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay berkata, pihaknya berharap penglibatan UK dalam CPTPP dapat memperluaskan pasaran dagangannya dan mengeratkan lagi hubungan kedua negara.

"Meningkatkan akses kepada pasaran yang lebih besar. Hubungan Malaysia dan UK juga penting memandangkan kami tidak pernah ada perdagangan bebas sebelum ini.

Penyertaan UK dalam Perjanjian Komprehensif Dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang Malaysia adalah antara ahlinya, merupakan perjanjian perdagangan pertama Malaysia dengan UK.

Media Baharu