fb fb fb fb fb

Dua lemas akibat kepala air

(FOTO RTM)

HULU SELANGOR, 22 Jun-Percutian dua rakan di Air Terjun Kg Orang Asli Pertak Kuala Kubu Bharu petang semalam bertukar tragedi selepas kedua-duanya  lemas di bawa arus deras akibat kepala air.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.30 petang.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke tempat kejadian.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi mencari dan menyelamat dilakukan anggota bertugas menerusi kaedah 'water surface searching'.

Mayat mangsa pertama yang merupakan warga China, berusia 55 tahun ditemui di celahan batu manakala mayat mangsa kedua pula merupakan warga tempatan berusia 52 tahun ditemui tidak jauh dari tempat mayat pertama ditemui


Mayat kedua-dua mangsa berkenaan  diserahkan Kepada Pihak Polis dan dihantar Ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi proses bedah siasat.


(Anggota bomba dan penyelamat masih meneruskan operasi mencari dan
menyelamat mangsa yang masih hilang/FOTO RTM)

Media Baharu