fb fb fb fb fb

Tarikh bubar Dewan Negeri Kedah selepas perkenan Sultan

(Datuk Seri Muhammad Sanusi mengadakan sidang media selepas mesyuarat terakhir
bersama barisan exco di Wisma Darulaman)

ALOR SETAR, 21 Jun- Tarikh pembubaran Dewan Negeri hanya akan diumumkan selepas mendapat perkenan daripada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.

"Cuma saya cadang hendak mengadap 25 Jun ini. Hendak cadang tarikh pembubaran bila Tuanku berkenanlah kalau Tuanku berkenan saya umumlah. Saya juga mohon Datuk Penasihat Undang-undang Negeri untuk menggariskan perkara-perkara yang boleh dilaksanakan sepanjang tempoh kerajaan sementara dan kita arahkan semua exco pulangkan kenderaan rasmi masing-masing," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat terakhir bersama barisan exco di Wisma Darulaman di sini.

Muhammad Sanusi berharap proses demokrasi sepanjang Pilihan Raya Dewan Negeri dan pembentukan kerajaan baharu berjalan lancar.

"Berkempenlah atas kapasiti dan kekuatan parti masing-masing dengan bertanding secara ‘anak jantan’ .

"Jangan gunakan aset-aset kerajaan negeri untuk berkempen, termasuk dana kerajaan serta agensi dan jabatan kerajaan," tambah beliau.

(Datuk Seri Muhammad Sanusi Tarikh bubar Dewan Negeri Kedah selepas perkenan Sultan)



 

 

Media Baharu