fb fb fb fb fb

COVID-19 punca proses tuntutan subsidi lewat

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Proses tuntutan subsidi mengalami masalah kelewatan berikutan penularan wabak COVID-19 di negara.

Jelas Datuk Dr Nik Zawawi Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, negara juga mengalami kesukaran mendapatkan bekalan baja dari negara luar.

"Berkenaan dengan subsidi yang dibiayai oleh kerajaan yang begitu banyak, mengalami masalah kelewatan baru-baru ini berpunca dari COVID-19.

"Bekalan baja terputus ekoran input baja, itu pun kerajaan ambil inisiatif yang amat pantas iaitu baja organik dan juga racun oragnik kepada para petani negara kita," katanya.

Tambah beliau lagi, pengurusan tuntutan sudah kembali pulih ketika ini dan tiada lagi wujudnya permasalahan dalam tuntutan berkenaan.

Datuk Dr Nik Zawawi menjawab pertanyaan Senator Khairil Nizam Khirudin.


(Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh)

Media Baharu