PUTRAJAYA, 22 Februari - Sebanyak 25,099 kes jangkitan harian COVID-19 dilaporkan setakat semalam berbanding 26,832 kes sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 100 kes adalah dalam kategori 3, 4, dan 5.
Manakala baki 24,999 kes lagi kategori 1 dan 2.
"Jangkitan baharu itu itu membabitkan 25,014 kes tempatan dan 85 kes import," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Tambahnya, 272 kes kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) denga 164 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Katanya, Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini berjumlah 3,246,779 kes.
Dalam pada itu,Dr. Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 367 kluster pendidikan dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dalam tempoh awal tahun ini hingga Sabtu lalu.
Daripada jumlah itu,katanya 21 kluster pendidikan sudah tamat, manakala baki 346 lagi masih aktif.
"Negeri melaporkan kluster pendidikan paling tinggi adalah Kelantan dengan 54 kluster, diikuti Selangor (49), Pahang (38), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (37) dan Sabah (34).
"Siasatan mendapati 328 kluster dengan kes indeks adalah pelajar, 31 kluster adalah guru atau pensyarah, enam kluster pula kakitangan sokongan pusat pendidikan serta baki dua kluster dengan kes indeks adalah keluarga.
Tambahnya, majoriti kes dilaporkan adalah kategori bergejala ringan atau tiada gejala iaitu 12,579 kes dalam kategori 2, 3,850 kes dalam kategori 1 dan 35 kes dalam kategori 3 serta 4 dengan semua kes sudah mendapatkan rawatan dan stabil.
Ujarnya, siasatan menunjukkan punca utama jangkitan dan penularan COVID-19 dalam kalangan warga pendidikan ketidakpatuhan kepada SOP dalam dan luar waktu pengajian, terutama di asrama atau di rumah sewa pelajar.