fb fb fb fb fb

Hishamuddin positif COVID-19

KUALA LUMPUR, 22 Februari - Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein disahkan positif Covid-19.

Pejabat Menteri Kanan Pertahanan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Hishammuddin yang telah menerima dos penggalak kini sedang menjalani tempoh kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan COVID-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri melalui kaedah RTK Antigen.

"Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif COVID-19 ialah pada Jumaat, 18 Februari lepas," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa Menteri Kanan Pertahanan itu akan terus memantau dan menjalankan tugas yang sesuai sepanjang tempoh beliau dikuarantin.

Media Baharu