fb fb fb fb fb

Cokmar Al-Quran aspirasi negara lahirkan huffaz berintegriti

Perarakan masuk konvokesyen membawa Al-Quran sebagai simbol peranan Darul Quran.

KUALA KUBU BHARU, 12 Julai - Buat julung kalinya Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperkenalkan Cokmar Al-Quran, sebagai simbol iltizam dan penghormatan terhadap ilmu berasaskan wahyu dalam istiadat konvokesyennya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, Cokmar yang direka khas itu melambangkan komitmen JAKIM menjunjung Al-Quran sebagai asas pembentukan insan rabbani dan masyarakat MADANI berteraskan akhlak serta nilai ilmu.

Menurut beliau, perarakan masuk konvokesyen kali ini membawa Al-Quran sebagai simbol peranan Darul Quran dalam melahirkan graduan huffaz yang menyebar ilmu dan membantu menangani ajaran sesat.

Seramai 716 graduan diraikan dalam istiadat kali ini, menandakan kejayaan model pendidikan tahfiz bersepadu yang diterapkan sejak penubuhan Darul Quran pada 1966.

Sehingga kini, lebih 12,000 Huffaz telah dilahirkan melalui institusi tersebut.

TUN JULIA MOHD TAHIR