fb fb fb fb fb

Co-opbank Pertama (CBP) buka cawangan ke-29 di Tawau

TAWAU, 1 September- Pembukaan cawangan CBP yang ke-29 di Kubota Square, Tawau, semalam telah dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Dato’ Haji Zazali Haron.

Menurut pengerusi CBP Datuk Baharom Embi, pembukaan cawangan ini adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat dan melihat CBP mampu untuk memenuhi keperluan
masyarakat di situ.


(Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Dato’ Haji Zazali Haron merasmikannya semalam di sini)

“Ini merupakan cawangan CBP yang kedua di negeri Sabah selepas Kota Kinabalu, dan dengan pembukaan cawangan di Tawau ini, ianya merupakan salah satu strategi CBP untuk membawa produk dan perbankan terus kepada penduduk di negeri Di Bawah Bayu ini,”katanya ketika berucap di majlis perasmian berkenaan semalam.

Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi, Timbalan Pengerusi CBP, Puan Hajjah Nor Hidayah Omar serta Anggota Lembaga CBP, Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Encik Khairil Anuar Mohammad Anuar, Pengurusan Kanan CBP, wakil-wakil agensi kerajaan dan kakitangan CBP.

Tambah Datuk Baharom lagi, CBP kini dalam perancangan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 36 buah cawangan di seluruh negara menjelang tahun 2026 seperti yang dirancang di dalam Pelan Strategik CBP 2022-2026 yang telah dilancarkan pada 31 Mei 2022.

CBP akan terus memperkenalkan beberapa produk dan model perniagaan baharu bagi memenuhi keperluan anggota serta pelanggan CBP.

Beliau turut menyeru agar penduduk Tawau terus menyokong CBP dengan melanggan produk dan perkhidmatan perbankan patuh syariah di CBP.

Media Baharu