fb fb fb fb fb

CIDB dan CIOB meterai MoU, pertingkat amalan pengurusan projek dan pengurusan pembinaan

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Satu memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Chartered Institute of Building (CIOB) telah dimeterai bagi mempertingkatkan amalan pengurusan projek dan pengurusan pembinaan di Malaysia.

MoU ini menggariskan kerjasama antara CIDB dan CIOB untuk menggalakkan peningkatan pengurusan pembinaan dan pengurusan projek, teknologi pembinaan, dan kelestarian alam sekitar dalam industri pembinaan.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata usaha ini akan dilaksanakan melalui pertukaran maklumat dan penyelidikan di antara kedua-dua pihak.

Ia bakal menjadi satu lagi langkah dalam perkembangan berterusan industri pembinaan Malaysia selari dengan aspirasi Dasar Pembinaan Negara 2030 (NCP2030), untuk menerajui sektor pembinaan Malaysia memasuki era digital.


(Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Chartered Institute of Building (CIOB) memeteraiĀ 
MoU bagiĀ mempertingkatkan amalan pengurusan projek dan pengurusan pembinaan di Malaysia)

Perjanjian ini juga mengukuhkan lagi sokongan CIOB kepada komuniti professional pembinaan antarabangsa dan memantapkan hubungan bersama CIDB Malaysia, bagi menjamin masa depan yang lebih baik untuk industri.

Selain meningkatkan profil dan pengiktirafan pengurusan profesional dalam industri pembinaan melalui pengikitirafan yang lebih luas terhadap pensijilan dan pentauliahan bagi pengurus projek dan pengurus pembinaan di Malaysia sekali gus akan membantu mewujudkan tenaga kerja untuk masa hadapan.

Pada majlis tersebut, Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir. Ahmad 'Asri Abdul Hamid, menandatangani MoU bagi pihak CIDB, manakala Ketua Pegawai Eksekutif CIOB, Caroline Gumble, menandatangani bagi pihak CIOB.

Media Baharu