fb fb fb fb fb

China akan percepat perundingan kod tatalaku di Laut China Selatan

(COC bertujuan untuk mengurangkan risiko konflik di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian,
dengan beberapa negara anggota ASEAN dan China terlibat dalam tuntutan wilayah yang bertindih)


KUALA LUMPUR, 12 Julai- China akan mempercepatkan rundingan kod tatalaku (COC) dan berusaha bersama negara ASEAN dalam menjadikan Laut China Selatan sebagai laut keamanan dan kestabilan.

Menteri Luar Negerinya, Wang Yi memaklumkan, Beijing turut menentang pihak yang berhasrat mewujudkan konfrantasi di kawasan berkenaan.

“Kami akan menyokong multilateralisme sebenar dan memajukan rantau yang terbuka.

"Kami akan menegakkan kepaksian ASEAN dan Rangka Kerja Kerjasama Serantau ASEAN.

"Kami akan menentang konfrontasi dan mentaliti perang dingin," katanya.

Wang Yi berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah di ibu negara sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke negara ini.

COC bertujuan untuk mengurangkan risiko konflik di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian, dengan beberapa negara anggota ASEAN dan China terlibat dalam tuntutan wilayah yang bertindih.

(Kawasan perairan laut China Selatan ketika tinjauan dari Terminal Feri Menumbok/FOTO FAIL BERNAMA)

Wang Yi berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah di ibu negara sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke negara ini.

Sementara itu, China rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009 dan menyumbang 18.9 peratus kepada jumlah dagangan global negara pada 2021.

Dalam tempoh sama, nilai dagangan China dengan Malaysia juga mencecah rekod tertinggi iaitu 101.55 bilion dolar amerika atau 450.6 bilion ringgit.

Pada 2021 juga, stok pelaburan langsung asing dari China ke Malaysia mencecah 25.91 bilion ringgit.

Sementara pelaburan yang diluluskan dengan penyertaan dari China ialah 16.6 bilion ringgit.

Manakala pelaksanaan pelaburan dengan penyertaan dari China mencecah 1.82 bilion ringgit.

Media Baharu