fb fb fb fb fb

Cerun runtuh akibat hujan lebat di Bukit Besar

(Runtuhan cerun di Bukit Besar)

KUALA TERENGGANU, 9 Disember- Cerun di laluan masuk ke Stesen VHF Bukit Besar di sini runtuh susulan hujan lebat tanpa henti sejak malam tadi.

Syarikat konsesi jalan raya, Roadcare (M) Sdn. Bhd. dalam kenyataan memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Jelasnya, runtuhan berlaku sedalam 20 meter dalam kejadian sekitar pukul 12.00 tengah hari tadi.

Sehubungan itu, pihak terbabit memaklumkan laluan tersebut terpaksa ditutup kepada semua kenderaan awam dan tiada laluan alternatif disediakan.

Penutupan jalan dilakukan sebagai langkah keselamatan dan kerja-kerja pembersihan.

Roadcare memberitahu, pemasangan papan tanda dan penghadang sudah dilaksanakan.

(Laluan masuk ke Stesen VHF Bukit Besar ditutup kepada
semua kenderaan awam)

Media Baharu