fb fb fb fb fb

CCTT dan Sniper 69 Komando, perkukuh kerjasama PDRM, ATM

Ketua Polis Negara, Datuk Sri Mohd Khalid Ismail

IPOH, 3 September - Kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperkukuh melalui Kursus Counter Terrorist Team (CCTT) dan Sniper 69 Komando Siri 1/2025.

Seramai 56 pegawai dan anggota menyertai latihan ini melibatkan 69 Komando serta “Pasukan Sahabat” ATM iaitu Gerup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU).

Ketua Polis Negara, Datuk Sri Mohd Khalid Ismail berkata, kerjasama itu membuktikan semangat integrasi serta solidariti kukuh antara dua agensi keselamatan utama negara.

“Diharapkan platform strategik seumpama ini dapat menyatukan doktrin, taktikal dan kefahaman pasukan khas keselamatan di bawah Jawatankuasa Kerja Latihan (JKKL) PDRM dan ATM.

"Program ini adalah kunci perpaduan PDRM dan ATM dalam menghadapi ancaman asimetrik dan ekstrem" katanya.

Beliau berucap pada majlis penutup kursus berkenaan di Kem Sultan Nazrin Shah, 69 Komando Ulu Kinta, di sini, hari ini.

Kursus ini merupakan lanjutan bagi anggota yang telah ditauliahkan sebagai Infantri Komando sebelum memasuki fasa Sea Combat (SECOM) yang menekankan penguasaan operasi pertempuran aras dan bawah permukaan air, diikuti dengan Kursus Taktikal Payung Terjun.

Kursus Counter Terrorist Team bermula 15 Jun lalu, manakala kursus Sniper 69 Komando bermula 29 Jun, dan kedua-duanya secara rasmi tamat pada hari ini.

Trainee