fb fb fb fb fb

Capaian internet isi rumah 96%, tahun lepas

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 31 Mei- Capaian internet isi rumah meningkat kepada 96% tahun lepas berbanding 94.9% pada tahun sebelumnya.

Melalui kenyataan, Jabatan Perangkaan melaporkan capaian telefon bimbit, radio dan televisyen isi rumah kekal melebihi 95%.

Manakala capaian terhadap siaran televisyen berbayar mencatat peratusan lebih rendah iaitu 76.9% tahun lepas berbanding 83.2% tahun sebelumnya.

"Penggunaan internet dalam kalangan masyarakat Malaysia berusia 15 tahun ke atas juga meningkat kepada 97.4%.

"Dilihat penyertaan dalam rangkaian sosial kekal menjadi aktiviti internet paling popular di Malaysia," menurut kenyataan itu.

(Melalui kenyataan, Jabatan Perangkaan melaporkan capaian telefon bimbit, radio dan
televisyen isi rumah kekal melebihi 95%)

 

Media Baharu