fb fb fb fb fb

Canselor UniMAP disambung hingga 2028

ARAU, 6 Mac- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dilantik semula  sebagai Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk tempoh tujuh tahun lagi sehingga 12 Disember 2028.

Perisytiharan tersebut telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 20 Disember 2021 yang lalu untuk tempoh berkuat kuasa mulai 13 Disember 2021.

Watikah tersebut dipersembahkan kepada Tuanku Syed Faizuddin oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Raja Datuk Azwane Raja Ariff dan Naib Canselor, Profesor Dr Zaliman Sauli bagi mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad di Bilik Canselor, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.


(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan terima watikah pelantikan sebagai Canselor UniMAP sehingga 2028)

Tuanku Syed Faizuddin Putra mula dilantik sebagai Canselor Pertama, Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) pada 1 September 2003 oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-12, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebelum KUKUM dijenamakan semula sebagai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan baginda terus kekal sebagai Canselor UniMAP sehinggalah 2028.

Media Baharu