Calon N.15 Kiulu dikejarkan ke hospital, sah layak bertanding

TUARAN, 15 November – Calon Parti Kebangsaan Sabah (PKS) bagi kerusi N.15 Kiulu, Dusi Gingging, mengalami masalah kesihatan ketika proses penyerahan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon, Dewan Seri Sulaman, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Calon PKS N.15 Kiulu, Dusi Gingging, mengalami masalah kesihatan semasa proses penamaan calon.
  • Dusi sempat menyerahkan borang pencalonan walaupun sedang kurang sihat.
  • Pihak berkenaan mengesahkan beliau layak bertanding pada PRN Sabah Ke-17.
  • Situasi menunjukkan semangat dan komitmen calon menghadapi proses pilihan raya.

Beliau kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Tuaran untuk menerima rawatan lanjut.

Meskipun mengalami masalah kesihatan, Dusi sempat menyerahkan borang pencalonannya dan disahkan layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17.