fb fb fb fb fb

Buli UPNM: 16 individu termasuk mangsa, suspek selesai beri keterangan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 3 November- Seramai 16 individu telah selesai memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes buli dan penderaan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mereka yang dipanggil terdiri daripada beberapa pegawai kadet dan kakitangan UPNM, termasuk mangsa serta suspek.

"Bahan bukti berupa seterika yang dipercayai digunakan dalam kejadian penderaan tersebut turut dirampas," katanya menerusi kenyataan.

Beliau menambah bahawa pihak polis masih menunggu laporan perubatan mangsa.

Menurutnya lagi, tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

BERITA BERKAITAN: 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM