fb fb fb fb fb

Mindef siasat kes pelajar kadet UPNM dibuli

Datuk Seri Zambry Abd Kadir, ketika ditemui selepas Solat Jumaat di Masjid UPNM / BERNAMA

SUNGAI BESI, 1 November - Susulan tular video pelajar kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dibuli seniornya menggunakan seterika yang ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur,

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, bagi mengenal pasti kes buli pegawai kedet UPNM itu, siasatan sedang di jalankan oleh pihak Kementerian Pertahanan (Mindef).

Mangsa dan pelaku juga merupakan pelajar Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) dan kes di bawah kementerian berkenaan dan pegawai-pegawai kadet ini di letakkan di bawah ALK.

"Dalam kontek UPNM ini kerana mereka yang datang di sini sebahagian dari mereka akan menjalani latihan kadet, pegawai-pegawai kadet.

"Di sebelah pagi mereka pergi ke kuliah sebelah petang sehingga keesokkan harinya di bawah ALK," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Solat Jumaat di Masjid UPNM.

Walaupun kes itu berlaku bawah selian ALK, perbuatan buli tidak dibenarkan terus berlaku di semua peringkat institusi pendidikan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuat semakan dan mendapatkan maklumat lengkap berhubung dakwaan penemuan dua keping gambar yang menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang didakwa merupakan seorang pelajar Malaysia terlibat sebagai tentera upahan asing dalam konflik Ukraine dan Rusia.

Pihaknya akan membuat sisatan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu yang tular tersebut.

"Saya akan mendapatkan maklumat itu selepas itu kita akan maklumkan, kita akan komen nanti. Buat masa ini kita akan dapatkan maklumat secara lengkap dan selepas itu kita akan membuat kenyataan," katanya.

Trainee