fb fb fb fb fb

Budayakan amalan membaca lahirkan generasi berfikiran kritis

(Datuk Seri Dr Wan Azizah ditemu bual selepas menyampaikan sumbangan pada majlis Sumbangan Murid
Cemerlang SPM 2022 dan Bantuan Khas Murid sekolah sekitar Parlimen Bandar Tun Razak/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Golongan muda perlu memiliki daya intelektual yang tinggi dan membudayakan amalan membaca bagi melahirkan generasi yang berfikiran kritis.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, ciri-ciri itu melahirkan modal insan yang kuat sekali gus memastikan negara terus maju.

"Kita hendak juga kalau boleh budak-budak graduan ini mempunyai bukan sahaja intelektual tetapi juga cara fikiran yang lebih kritis dan juga boleh menentukan yang mana yang baik dan yang buruk," kata Wan Azizah ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan Murid Cemerlang SPM 2022 dan Bantuan Khas Murid sekolah sekitar Parlimen Bandar Tun Razak di sini.

Sumbangan bernilai RM100,000 ditaja Yayasan Bank Rakyat untuk seribu pelajar melibatkan 14 sekolah sekitar Bandar Tun Razak.

(FOTO BERNAMA)

Media Baharu