fb fb fb fb fb

Kerajaan sementara, hanya guna kemudahan untuk tujuan rasmi - Aminuddin

FOTO BERNAMA

SEREMBAN, 21 Jun- Barisan kepimpinan kerajaan sementara Negeri Sembilan, tidak akan menggunakan kemudahan dan fasiliti kerajaan negeri termasuk kenderaan rasmi semasa tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Bagaimanapun, kelonggaran diberikan sekiranya ia berkaitan tugasan rasmi.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, walaupun tindakan itu tidak melanggar undang-undang, namun pihaknya tidak mahu menimbulkan prasangka terutamanya kepada rakyat.

"Kalau ikutkan kita boleh gunakan kenderaan tersebut sehingga hari terakhir tetapi itu yang kita bincang tadi. Insya-Allah minggu depan, kita buat keputusan tetapi untuk tujuan rasmi tiada masalah cuma dalam kita berkempen, kita kena elakkan menggunakan kenderaan rasmi," kata Aminuddin kepada pemberita dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, di sini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Aminuddin juga menjelaskan bahawa kenderaan rasmi kesemua barisan exco akan dipulangkan sejurus proses penamaan calon selesai bersama kemudahan pemandu.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu