fb fb fb fb fb

Kajian terperinci dilaksana bendung keciciran pendidikan

IPOH, 21 Jun- Kajian terperinci bakal dilaksana bagi mengenal pasti faktor pelajar tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Perak.

Exco Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Khairudin Abu Hanipah berkata, antara faktor yang dikesan ialah semakin ramai memilih untuk terus bekerja.

Kajian itu sebagai langkah komprehensif bagi mengelak keciciran pendidikan.

"Kementerian Pendidikan mengambil pendekatan untuk mengkaji perkara ini sebab isu ini telah menampakkan ramai pelajar yang tercicir. Pihak Kementerian Pendidikan juga sedang mencari pelan intervensi bagi mengatasi masalah ini," kata Khairudin selepas melancarkan Program 3D (Read, Record and Reward) di Perpustakaan Awam Datuk Seri Husni di Chemor.

Di Perak, 1,106 daripada keseluruhan 28,715 calon berdaftar SPM 2022 direkodkan tidak hadir peperiksaan itu.

(Khairudin berkata kajian terperinci dilaksana bendung keciciran pendidikan)

 

Media Baharu