fb fb fb fb fb

Johor sambut baik pelaksanaan Skim Perubatan Madani

JOHOR BAHRU, 21 Jun- Inisiatif rintis kerajaan menerusi Skim Perubatan Madani mampu mengurangkan beban kos rawatan dan menampung keperluan kesihatan golongan B40 khususnya di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata fasa awal program itu melibatkan 10 daerah termasuk Johor Bharu sekali gus mampu mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan dan hospital awam.

"Sekarang cuma ada 33 klinik. Proses pendaftaran klinik perubatan swasta dalam senarai tersebut masih sedang berjalan dan mudah-mudahan selesa dalam masa terdekat.

Kita akan mengemaskini senarai tersebut secepatnya," kata Ling kepada pemberita selepas merasmikan Unit Perubatan Nuklear di sebuah hospital swasta, di sini.

Tambah beliau lagi, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan pesakit luar kes akut percuma di 33 klinik perubatan swasta yang berdaftar di bawah program tersebut di Johor.


(Foto Hiasan)

Media Baharu