GUA MUSANG, 21 Jun- Lebih 1,000 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Simpor dan Pos Gob di Gua Musang, Kelantan menerima manfaat menerusi Program Outreach dan Kembara Mesra Rakyat.
Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan dan Terengganu, Roslina Bun berkata program itu antara lain memberi peluang kepada mereka mendaftar untuk memiliki dokumen pengenalan diri.
Ia dianjurkan oleh JAKOA dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Kesihatan dan Pusat Khidmat DUN Nenggiri.
"JPN sangat perlu penglibatan mereka bagi mengenal pasti anak yang masih belum mempunyai sijil lahir dan kad pengenalan dan ada masalah lambat daftar kelahiran.
"Objektif yang pertama sekali kita nak jalinkan hubungan antara masyarakat d1engan agensi kerajaan dan juga memastikan penduduk kampung ini mempunyai sijil lahir dan juga kad pengenalan kerana kita dapati masalah ini jadi isu besar kepada kami," kata Roslina kepada media di sini.
Selain urusan dengan jabatan kerajaan turut diadakan aktiviti sukaneka dan penyampaian bantuan beras dan makanan.
Program itu berlangsung selama tiga hari.
(Roslina berkata program itu antara lain memberi peluang kepada mereka mendaftar untuk
memiliki dokumen pengenalan diri)