fb fb fb fb fb

Portal Vibes 2.0, pertingkat kecekapan perkhidmatan kebajikan veteran ATM

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti kesihatan dan pendidikan terus diberi keutamaan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata pihaknya sentiasa meningkatkan kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada golongan itu.

Antaranya menerusi pembangunan portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES 2.0).


(Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari/BERNAMA)

"Kita tingkatkan sistem data, kerana kita tahu kebajikan dan kesihatan banyak berkaitan juga dengan pangkalan data. Jadi oleh sebab itu di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran kita tingkatkan sistem data kita supaya data kita itu tepat tentang kedudukan veteran sedia ada.

"Kita di Kementerian Pertahanan berusaha cari jalan penyelesaian kerana kita tahu soal veteran ini bukan saja soal pencen tapi isu paling besar adalah kebajikan" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pra-Pelanjaran Vibes 2.0 Go Live di ibu negara.

Pembangunan sistem pengkalan data VIBES 2.0 merupakan sistem teras yang dibangunkan bagi kemudahan Veteran ATM dalam isu kebajikan golongan tersebut.

Media Baharu