fb fb fb fb fb

Bubar Parlimen masih spekulasi, Dewan Rakyat bersidang seperti biasa

KUALA LUMPUR, 6 Oktober – Ahli Parlimen diminta untuk terus menghentikan sebarang spekulasi mengenai pembubaran Parlimen ketika ini.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor berkata Dewan Rakyat akan bersidang seperti biasa selagi Parlimen tidak dibubarkan.

Katanya, tumpuan harus terus diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat seperti biasa.

(Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor)

“Bab pembubaran Parlimen ini masih lagi spekulasi sebagaimana Yang di-Pertua Dewan Rakyat katakan ia masih spekulasi.

“Kita akan teruskan sidang seperti biasa sehingga tiba saatnya pembubaran itu," katanya menjawab pertanyaan Teresa Kok (PH-Seputeh) dan RSN Nayer (PH-Jelutong) yang membangkitkan isu berkenaan selepas selesai sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat.

Teresa membangkitkan isu kesahihan perbahasan pindaan dan perbentangan Rang Undang-undang (RUU) yang dibentangkan sejak Isnin lalu.

Media Baharu