fb fb fb fb fb

Buat kecoh, lima penyokong TFC direman

KUALA TERENGGANU, 24 November-Lima penyokong Terengganu FC (TFC) yang dipercayai terbabit dalam kekecohan yang berlaku di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak pada Isnin lalu, direman empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, semua lelaki berusia 24 hingga 37 tahun ditahan di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus antara jam 11 pagi hingga 8 malam tadi.

Beliau berkata, penahanan lima suspek susulan penahanan lelaki pertama berusia 27 tahun pada hari isnin.

Menurutnya, dalam kejadian itu, terdapat segelintir penyokong TFC yang membaling batu dan objek keras ke arah bas yang membawa pemain dan pegawai Selangor FC mengakibatkan kenderaan itu rosak di bahagian tingkap dan cermin.


Terdahulu, Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd
Shukri bermula Khamis.

Dalam perlawanan itu, skuad Penyu gagal mara ke pentas final Piala Malaysia musim ini selepas tumpas secara agregat 3-2 walaupun merakam kemenangan 1-0 hasil jaringan Kipre Tchetche pada minit ke-35.



Media Baharu