fb fb fb fb fb

BSN tawar BSN MyRinggit Insan-i kepada pencarum KWSP

KUALA LUMPUR, 15 April- Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan BSN MyRinggit Insan-i yang merupakan kemudahan pembiayaan peribadi di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP).

BSN MyRinggit Insan-i ditawarkan dalam bentuk pembiayaan peribadi patuh syariah.

Melalui kenyataan, BSN memaklumkan kemudahan pembiayaan itu ditawarkan kepada pencarum KWSP berumur 40 hingga 50 tahun yang tidak muflis dengan kedudukan kewangan memuaskan.


(Foto hiasan)

Selain itu, semua permohonan tertakluk kepada penilaian kemampuan pembayaran yang ditetapkan untuk memastikan pemohon berkeupayaan membayar ansuran bulanan pembiayaan.

"Para pelanggan yang ingin memohon BSN MyRinggit Insan-i boleh mendapatkan jumlah pembiayaan RM3,000 hingga RM50,000 dengan kadar pembiayaan Kadar Asas Standard + 1.75 peratus (kadar keuntungan 4.5 peratus setahun) untuk tempoh maksimum pembayaran ansuran bulanan selama 10 tahun atau 120 bulan", menurut kenyataan itu.

Permohonan bagi BSN MyRinggit Insan-i dibuka secara dalam talian melalui laman sesawang BSN, www.bsn.com.my/page/Insan-i.

Media Baharu