fb fb fb fb fb

BPHM tarik penyertaan antarabangsa, sasar 4,000 peserta

(Poster BPHM2023)

BALIK PULAU, 23 Mei- Seramai 4,000 orang peserta disasarkan untuk menyertai acara larian terulung di Balik Pulau, Balik Pulau Half Marathon (BPHM) yang dijadualkan berlangsung pada 4 Jun 2023.

Menawarkan tiga kategoti iaitu 5KM Fun Run, 10KM dan Half Marathon 21KM, Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata pendaftaran awal telah dibuka pada 10 Januari lalu dan sehingga kini, seramai 3,800 peserta telah mengesahkan penyertaan.

"Untuk edisi yang pertama ini penyertaan daripada peserta antarabangsa juga amat memberangsangkan iaitu dari Kenya, Jepun, Singapura, Australia dan Thailand.

"Keunikan BPHM2023 adalah bersempena dengan musim raja buah iaitu 'musim durian' yang sedang berlangsung di Balik Pulau. Balik Pulau juga mempunyai lokasi tarikan pelancong seperti Pantai Malindo, Taman Tema ESCAPE, Entopia Butterfly Farm, dan Container Art, apalagi Balik Pulau adalah lokasi ‘hidden gem’ di Pulau Pinang,"katanya.

Tambahnya lagi, larian yang dianjurkan Pusat Khidmat Parlimen Balik Pulau bersama iRUN Malaysia itu akan menampilkan Idea Property Group selaku penaja utama selain penyertaan pelbagai syarikat antara Bubbles O2, Brooks, N8 Sprots Nutrition, Faz Rehab Sports Centre, Peak Fitness dan SNUG Malaysia.

BPHM2023 turut mendapat kerjasama daripada komuniti larian seperti Kazoku Runners, Wind Runners, The Running Saga, Utara Runnaz, Pendang Runners dan Kedah Runners.

Pengambilan kit larian akan diadakan pada 2 dan 3 Jun bertempat di Balik Pulau, Pulau Pinang, sementara pendaftaran masih boleh dibuat dengan melayari www.irunmalaysia.com.


(Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik)

Media Baharu