fb fb fb fb fb

Polis Kelantan sudah bersedia hadapi PRN

(Muhamad Zaki Harun)

GUA MUSANG, 23 Mei- Polis Kelantan bersiap sedia untuk mengerakkan tenaga anggotanya bagi mengawal keselamatan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun nanti.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perancangan PRN setakat ini adalah mengekalkan kekuatan yang pernah diguna pakai semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.

"Kami juga bersedia dari sudut pertembungan yang mungkin melibatkan banyak parti, kalau dulu Kelantan hanya dua parti saja. Jadi, persediaan kami perlu lebih hebat, lebih-lebih lagi dari segi mengawal suasana semasa kempen dan hari mengundi.

"Insya Allah, dengan persiapan yang dibuat dengan input-input yang ada, saya percaya PRN Kelantan dapat dikendalikan dalam tahap keselamatan yang baik," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di sini.

(Foto hiasan)

Media Baharu