KUALA TERENGGANU, 29 Jun-Tiga mayat kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian tiba di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira pukul 10.35 pagi tadi untuk bedah siasat.
Identiti mayat itu dikenali sebagai S. Arumugam, 40, A. Sarrvihka, 3 dan VR. Vennpani,6.
Ketiga-tiganya merupakan antara yang 15 mangsa bot yang terbalik, dipercayai akibat ombak kuat dan cuaca buruk, malam tadi.
Terdapat mangsa yang berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung selepas tindakan pantas diambil mereka untuk memberikan bantuan.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Besut, Supt Azamuddin Ahmad @ Abu mengesahkan kejadian malang itu mengorbankan tiga mangsa.
"Semua mangsa yang lain selamat dan masih berada di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian menunggu bantuan untuk dihantar ke Jeti Kuala Besut," katanya.