MUAR, 29 November - Dua nelayan terselamat selepas bot dinaiki terbalik di Perairan Haji Baki, Muar, Johor, kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.
Pemangku Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata, mangsa diselamatkan oleh sebuah bot tunda yang berada berhampiran lokasi insiden dan dibawa menggunkan Bot Maritim ke Jeti Bentayan.
Siasatan awal mendapati, bot dinaiki nelayan Mohamed Razi Abd Rahman, 31 tahun dan Muhammad Hafiz Ahmad Daud, 30 tahun, mengalami kebocoran semasa mereka keluar menangkap ikan.
Tindakan pantas komuniti maritim serta bantuan segera bot tunda di lokasi, menyumbang kepada kejayaan operasi menyelamat itu.
