fb fb fb fb fb

Bot karam di Teluk Ramunia, tiga lagi PATI ditemukan lemas, tiga masih hilang

KOTA TINGGI, 20 Januari - Tiga daripada enam pendatang asing warga Indonesia yang hilang selepas bot dinaiki mereka karam di Teluk Ramunia, Pengerang di sini pukul 4.50 pagi tadi ditemukan lemas.

Pengarah Maritim negeri, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata mayat mangsa yang kesemuanya wanita ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

'Penemuan itu menjadikan jumlah mangsa yang terkorban kini lima orang, katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, dua mayat daripada tragedi tersebut ditemukan bersama dengan mereka yang terselamat.

Seramai 19 mangsa berjaya diselamatkan terdiri daripada sepuluh wanita dan sembilan lelaki.

Usaha mencari tiga lagi mangsa meliputi 50 batu nautika di laut manakala 20 kilometer di darat dari Tanjung Penyusup hingga Pos Maritim Pengerang.

Seramai 97 pegawai dan anggota pelbagai agensi terlibat dalam operasi itu.

Media Baharu