fb fb fb fb fb

Bot karam : 5 lelaki warga Indonesia terapung 12 jam sebelum diselamatkan


BATU PAHAT, 2 Januari - Lima lelaki warga Indonesia, berumur 24 hingga 44 tahun, diselamatkan nelayan tempatan pada pukul 12:35 tengah hari tadi di Perairan Batu Pahat, di sini, selepas bot mereka karam awal pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) Johor, Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria memaklumkan, kesemua mereka terapung kira–kira 12 jam dalam rakit keselamatan.

"semua mangsa dalam perjalanan dari Pulau Nipah ke Batam Indonesia menaiki bot kayu dipercayai membawa muatan besi buruk, sebelum bot itu bocor dan karam di Perairan Indonesia pada pukul 1 pagi.

Sebuah kapal dagang yang melalui kawasan itu 15 minit kemudian memberi rakit keselamatan kepada mangsa sebagai bantuan awal sebelum diselamatkan nelayan tempatan, 12 jam kemudian", katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Semua mangsa dibawa ke Pejabat Zon Maritim Batu Pahat untuk siasatan lanjut, dan akan diserahkan ke kedutaan Indonesia.

Media Baharu