fb fb fb fb fb

Bot bocor, nasib 400 pendatang masih tidak diketahui

(Foto REUTERS)

MALTA,10 April- Sebuah bot yang membawa sekurang-kurangnya 400 pendatang dari Tobruk, Libya bocor dan dimasuki air.

Bot berkenaan hanyut antara perairan Greece dan Malta.

Menurut sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Jerman, bot berkenaan ditemui berhampiran dua kapal dagang.

"Pihak berkuasa Malta mengarahkan kapal dagang terbabit tidak melakukan sebarang misi penyelamatan.

"Terdapat penumpang panik dan beberapa orang lagi memerlukan rawatan perubatan.

"Kapten telah melarikan diri dan tiada individu yang boleh mengendalikan bot terbabit.

"Dek bawah bot tersebut dipenuhi air," katanya menerusi kenyataan.

Bot terbabit kini berada di perairan Malta.

Katanya, pihak berkuasa Malta tidak dapat dihubungi untuk memberikan sebarang penjelasan mengenai arahan tersebut.

Setakat ini, pihak berkuasa belum melancarkan sebarang misi menyelamat terhadap bot berkenaan.- REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu