fb fb fb fb fb

Bomba tangkap harimau kumbang di halaman rumah

(Foto FB Kami Penduduk Semenyih)

KUALA LUMPUR, 1 Oktober- Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berjaya menangkap seekor harimau kumbang di pekarangan sebuah rumah di Taman Pelangi Semenyih, Selangor pada Jumaat.

Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.32 petang dan memasang jaring khas untuk menangkap haiwan itu. 

"Anggota Jabatan Perhilitan telah menembak ubat pelali pada harimau itu sebelum dimasukkan ke dalam sangkar khas,” katanya dalam satu kenyataan.

Norazam berkata operasi tersebut tamat kira-kira 7.10 malam dan harimau kumbang itu diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.


(Foto FB Kami Penduduk Semenyih)

Media Baharu