fb fb fb fb fb

Bomba Perlis mulakan latihan DMEX, siap siaga hadapi bencana

(Latihan membabitkan insiden kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta bertembung)

KANGAR, 28 September- 50 pegawai dan anggota keselamatan menyertai Latihan Pengurusan Bencana atau DMEX di tebatan banjir, Tebing Tinggi, di sini.

DMEX merupakan latih amal operasi kebombaan dan penyelamatan negeri bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Perlis.

Ia dibantu agensi-agensi keselamatan dan kecemasan dalam menghadapi sebarang bentuk insiden.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perlis, Penguasa Kanan Bomba 1 Ruhisha Haris bagi menjayakan latihan ini, tiga senario kecemasan dirangka melibatkan operasi di air dan darat.

Beliau berkata, senario pertama melibatkan latihan bagi operasi menyelamat tiga mangsa lemas setelah kayak terbalik membabitkan peserta program kayak anjuran Kelab Rekreasi
di bawah kelolaan Kelab Sukan Negeri Perlis di terowong tebatan banjir, Tebing Tinggi di sini.

"Operasi ini melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis dibantu Pasukan Penyelamat Di Air.

(DMEX merupakan latih amal operasi kebombaan dan penyelamatan negeri bagi mempertingkatkan
kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Perlis)

 

"Manakala senario dua melibatkan latihan bagi operasi mencari dan menyelamat, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis yang menerima panggilan kecemasan tanah runtuh melibatkan 32 orang pendaki terputus hubungan jalan darat di sekitar Bukit Kampung Wai dan sekumpulan

"Dalam latihan operasi itu, BBP Kuala Perlis bertindak membawa keluar kesemua mangsa menggunakan bot penyelamat melalui terowong tebatan banjir ke tempat selamat dan di bantu oleh bot penyelamat BBP Kangar.

"Dalam senario ketiga pula terdapat insiden kemalangan jalan raya di kawasan berhampiran kerana kesesakan lalu lintas melibatkan dua buah kereta bertembung.," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Latihan Operasi Menyelamat di Lencongan Banjir Barat (LBB) dengan kerjasama JPS Perlis dan Kayak Dahagi.

Turut serta dalam latihan itu ialah Deligasi Pasukan Bomba Thailand yang dijemput khas untuk menyelusuri Terowong Air Pertama di sini.

Media Baharu