fb fb fb fb fb

Bomba Pahang bantu 260 penduduk terkandas banjir keluar mengundi

(FOTO APM)

PAHANG, 19 November- Seramai 260 penduduk Kuala Lipis dan Pekan yang terkandas akibat banjir dibawa keluar angggota bomba bagi menunaikan tanggungjawab mengundi.

Bantuan bomba diperlukan selepas semua kenderaan darat tidak boleh melalui kawasan tersebut.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata mereka merupakan penduduk Kampung Binjai Kuala Lipis dan Kampung Tasik Mentiga, Chini.

Pengundi terlibat dibawa keluar menaiki bot.

Operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), sambil dibantu penduduk kampung.

(FOTO JBPM PAHANG)

Jelas beliau, di Lipis, penghantaran penduduk secara berperingkat dilakukan ekoran air telah melintasi jambatan di kampung tersebut.

Empat bot digunakan sebagai pengangkutan, masing-masing sebuah bot milik Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis, Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja, APM serta orang awam.

Manakala di Kampung Tasik Mentiga Chini, pihaknya menggunakan sebuah bot aluminum, dibantu dua unit bot milik PDRM dan tiga unit lagi oleh APM Pekan.

Media Baharu