fb fb fb fb fb

Berpaksikan Aspirasi Pelaburan Nasional, NIP dilancar

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Dasar Pelaburan Baharu, NIP dilancarkan hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dirangka berpaksikan Aspirasi Pelaburan Nasional, NIA, dokumen tersebut menggariskan enam teras utama khusus bagi mendepani cabaran ekonomi semasa.

Antara fokus termasuk penerapan agenda Alam Sekitar, Sosial Dan Tadbir Urus, ESG, insentif pelaburan, memperkasa agensi promosi pelaburan selain usaha menarik pelaburan berimpak tinggi.

Jelas Azmin, menerusi dasar itu juga beberapa industri juga bakal diberi penekanan termasuk elektrik dan elektronik, ekonomi digital, farmaseutikal dan aeroangkasa.

Beliau ditemui media pada majlis berlangsung di Menara MITI di ibu negara.


(Sekitar Majlis Pelancaran Dasar Pelaburan Baharu (NIP) yang disempurnakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali)

Media Baharu