fb fb fb fb fb

Berita baik buat pelajar kad pengenalan 'K' diumum pada November

Tan Sri Abang Johari Tun Openg

KUALA LUMPUR, 19 Oktober- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal mengumumkan berita baik kepada anak-anak Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) dan kolej di seluruh negara pada bulan hadapan.

Bagaimanapun perincian berkenaan pengumuman itu belum didedahkan namun kos keseluruhan perbelanjaan tersebut akan memberi manfaat kepada kira-kira 25,000 pelajar.

"Kita bercadang akan beri kepada individu dengan kad pengenalan 'K' sahaja. Kita mahu ringankan beban kepada pelajar-pelajar khususnya anak Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi townhall 'Sarawak Agenda bersama Premier Sarawak' bersempena dengan Lan Berambeh Anak Sarawak 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur hari ini.

Memahami cabaran pelajar yang turut terkesan dengan peningkatan kos ekonomi ketika ini, beliau berharap insentif tersebut dapat meringankan beban pelajar

Mengulas lanjut, Premier Sarawak akan memaklumkan perincian mengenai insentif, duit saku dan baucer komputer riba pada pembentangan Belanjawan Sarawak 2025 semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak November ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI