fb fb fb fb fb

Berek kediaman lama RTM Limbang terbakar

LIMBANG, 27 Jun- Sebuah blok empat pintu berek kediaman lama Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang tidak berpenghuni musnah dalam kebakaran di Jalan Kubong di sini malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.59 malam.

"Seramai 12 anggota diketuai Komander Operasi, Chong Bui Chyan bersama empat jentera diarahkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran berjaya dikawal oleh pasukan bomba kira-kira pukul 9.39 malam menggunakan kaedah 'defensive'.

"Laporan awal menyebut, berek lama yang dihuni kakitangan RTM Limbang sebelum ini telah musnah secara keseluruhan dalam kebakaran tersebut.

"Turut berada di lokasi kejadian, pasukan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Limbang selain petugas Syarikat SESCO Berhad (SESCO).

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya menerusi kenyataan.


(Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan)

Media Baharu