fb fb fb fb fb

Belum ada arahan penutupan TASKA dan TADIKA di Melaka, susulan HFMD

AYER KEROH, 17 Mei - Kerajaan Negeri Melaka tidak akan menutup Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) susulan peningkatan kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata penutupan hanya akan dilaksanakan jika terdapat arahan daripada Jabatan Kesihatan Negeri.

Setakat ini hanya 11 Tadika dan Taska di negeri itu diarah tutup berikutan penularan penyakit berkenaan.

(Kalsom bercakap dalam sidang media selepas
Program Keselamatan dan Kesihatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM))

"Saya mewakil Jabatan Kenajikan Masyarakat (JKM) kita tidak akan menutup mana-mana pusat Tadika atau Taska, melainkan kita mendapat arahan daripada Kementerian Kesihatan itu sendiri. Maknanya jika pihak kesihatan memberi arahan baru kita buat penutupan dan sebagainya selain daripada itu kita tidak tutup," menurut Kalsom.

Sementara itu Zainol berkata kes melibatkan jenayah terhadap wanita menurun dalam tempoh Januari hingga April tahun ini, iaitu 23 kes berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak 32 kes menurun sembilan kes.

Media Baharu