fb fb fb fb fb

Belum ada arahan BDR untuk penjawat awam - KSN




KUALA TERENGGANU, 12 Februari- Susulan peningkatan kes Covid-19 yang mencecah lebih 20,000 pesakit yang direkodkan semalam.

Setakat ini tiada sebarang surat arahan dikeluarkan bagi membenarkan anggota penjawat awam bekerja dari rumah seperti surat pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum ini, melibatkan beberapa sektor perkhidmatan.

Jelas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Majlis Keselamatan Negara-MKN telah pun mengeluarkan garis panduan dan diserahkan kepadanya, yang kini di peringkat penelitian.

Namun paling mustahak beliau menyarankan kesemua 1.4-juta penjawat awam mematuhi Prosedur Operasi Standard-SOP ditetapkan, dan berdoa agar kes COVID-19 di negara ini kembali menurun.

"Kita akan teliti, saya tak boleh katakan sekarang ini, sebab benda ini saya kena bincang dengan menteri-menteri, peringkat jemaah menteri, dan keputusan dibuat oleh jawatankuasa itu kita akan patuh lah."

"Tapi setakat ini masih belum ada perbincangan ke arah itu, cuma dia minta kita berhati-hati lah, berwaspada kalau-kalau ini akan menyebabkan berlaku peningkatan lebih teruk," kata Mohd Zuki.

Tan Sri Zuki berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Jalinan Kasih, 'Tanda Pagar' Keluarga Malaysia anjuran bersama pihak Kastam, Malaysia Rail Link Sendirian Berhad-MRL dengan kerjasama kerajaan negeri di Perkarangan Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas, Kuala Terengganu.

Turut hadir Ketua Pengarah Kastam Dato’ Sri Abdul Latif Abdul Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri SUK Terengganu Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwish Abdul Razak.

Media Baharu